Saturday 15 October 2011

PERJALANAN…………………………

PERJALANAN…………………………
Perjalanan adalah suatu perkara biasa dalam sebuah kehidupan. Di sini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang perjalanan saya balik ke kampung. Seperti biasa setiap kali hujung minggu saya akan melakukan perjalanan untuk pulang ke kampung untuk bersama isteri tercinta. Disebabkan kehendak tugas dan kerja kami  buat masa ini tidak boleh hidup bersama dan hanya akan bersama apabila tiba hujung minggu. Apabila tiba hari jumaat hati ini mula mengusik menyatakan aku harus pulang untuk berjumpa isteri. Dan setiap kali itu juga aku akan dijadikan bahan usikan oleh rakan-rakan sekerja aku. Itu semua tidak menjadi kudis kepada ku, bahawa aku tahu kawan-kawan hanya bercandar dengan ku. Aku pun nak menceritakan kehidupan ku hidup berjauhan dengan isteri akan tetapi berkongsi cerita tentang perjalanan yang terpaksa aku lakukan setiap hujung minggu.
                Aku lebih suka menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad kerana merupakan perkhidmatan kedua terpenting juga tidak menggunakan kereta di tempat ku. Berbanding dengan pengangkutan lain perkhidmatan pengangkutan KTMB amat murah dan selesa ini adalah kerana KTMB merupakan syarikat badan berkanun yang paling popular bagi sistem pengangkutan. Akan tetapi dalam kepopularan perkhidmatan ini tidak ramai orang yang tahu tentang kelemahan dan keburukan iyang wujud dalam perkhidmatan ini. Bila tibanya musim hujan tentu sahaja ada perkhidmatan ini terpaksa ditangguh dan kadang-kadang tergendala di tengah perjalanan.
                Menceritakan pengamalan aku yang sudah hampir 4 tahun menggunakan perkhidmatan ini banyak pahit dam manisnya. Pernah sekali terperangkap dalam perjalanan akibat tanah runtuh yang mana menyebabkan keretapi terpaksa berpatah balik ke destinasi yang asal dan kadang-kadang aku juga terpaksa menambahkan lagi 1 hari cuti ku apabila perkhidmatan ini tergendala yang dikatakan oleh sebab bencana dan belum lagi akibat masalah teknikal dan sebagai. Yang menjadi persoalan di sini kenapa semua ini boleh terjadi sedangkan perkhidmatan ini wujud semenjak sebelum merdeka lagi. Di mana silapnya semua perkara ini berlaku. Aku di sini bukan hendak menyalahkan dan mencari siapa yang salah hanya sekadar mencerita derita seorang pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini. Pernah juga suatu ketika aku terpaksa tidak menghadiri mesyuarat penting akibat kelewatan ketibaan keretapi di destinasi yang dituju. Bukan aku saja yang mengalami pengalaman seperti ini. Semua orang yang pernah menggunakan perkhidmatan ini pasti berkongsi cerita dan kisah yang sama.
                Di mana silapnya atas semua perkara ini, saya tidak berkehendakan anda semua untuk memikirkan sebabnya akan tetapi kita harus sedar akan kemajuan negara kita yang sedang kita miliki sekarang adakah wajar semua ini terjadi ditambahkan perkhidmatan ini telah lama wujud…..adakah perkhidmatan tidak menguntungkan sehinggakan sistem laluan atau lebih khusus lagi landasan tidak dinaiktaraf supaya perkhimatannya lebih baik….saya tidak mahu berceloteh panjang hanya setakat ini….kita sama-sama fikirkan dan renungkan….

No comments:

Post a Comment