Thursday 3 November 2011

ah....sudahlah......

entah aku tak tahu nape perkataan ini muncul di mulut ku....adakah aku sudah mengaku kalah...tak mungkin selagi aku bernafas tak sesekali aku berputus asa....tapi nape ya......hidup ini byk sangat benda yang kita kena hadapi...semuanya boleh menguji kesabaran dan ketabahan hati.....aku pun xpasti apa sebenarnya yang harus dilakukan supaya kehidupan ini berlalu dengan gambiranya tanpa sebarang halangan....tapi mcm tak best pula hidup mcm tu...tentu takda corak coreknya hidup.....tapi sesetengah orang lebih suka mcm tu...apa-apapun semuanya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita menikmati kehidupan yang Tuhan anugerahkan pada kita....

banyak benda yang difikirkan....semuanya berkisar kepada permasalahan dan cabaran masa hadapan yang terpaksa ditempuhi.....kadang2 masalah yang tak sepatutnya difikirkan pun boleh terfikir....

Saturday 15 October 2011

BIARKAN IANYA BERLALU BEGITU SAHAJA…..

BIARKAN IANYA BERLALU BEGITU SAHAJA…..
Aduh seksanya jiwa ni bila memikirkan akan semua ini…tapi Tuhan maha berkuasa sudah menentukan bahawa diri ini akan menerima dugaan seperti ini…..walaupun perit dan berat terpaksa juga kita hadapi. Apakah kesudahan akan semua ini….adakah aku wajar hanya terus diam dan membisu tanpa berkata-kata semata-mata untuk menyedapkan hati sendiri dan menjaga semua perasaan orang. Sudah cukup aku bersabar akan semua ini, sebelum ini tidak pernah timbul konflik dan konperasi seperti ini. Bila memikirkan balik sedihnya hati ini, apa yang kita bina bertahun-tahun dicabul hanya dengan sekelip mata sahaja. Apa semua ini, wajarkan pengorbanan yang dilakukan hancur begitu sahaja dan di biarkan ianya berlalu begitu sahaja…. Wajarkan semua ini berlaku, niat ku kini hanya diam dan tunggu saja apa yang akan berlaku….tidak akan ku campuri lagi segalanya jika kehadiran ku ini dianggap bendasing yang merosakan semua ini. Semuanya telah mencabar kesabaran aku sebagai seorang manusia. Kenapa semua ini boleh berlaku, di mananya salah aku? Apakah semuanya berpunca dari aku? Apakah yang telah aku lakukan? Apakah yang telah terjadi?......semua persoalan ini menjerat hati ku untuk tidak bersuara lagi…jika suara dan pendapat ku tidak lagi diterima dan diaminkan oleh semua…..untuk apa lagi aku bersuara  jika kehadiran dan kerjasama yang aku lakukan tidak dihargai…
                Cukuplah hanya setakat ini akan mengorbankan diri ku untuk semua ini. Sumbangan dan pergorbanan ku tak pernah dihargai dan dinilai oleh semua. Cukuplah aku korban diri ini demi kepentingan dan nama orang lain..cukuplah apa yang aku lakukan ini tidak dihargai.cukuplah semuanya telah menyedarkan aku dengan banyak perkaracukuplah aku sudah serik dengan semua ini..cukuplah untuk kesekian kalinya aku dipermainkan. Untuk kesekian kalinya aku diperlakukan seperti ini. Sedih dan pedihnya hati ini dengan lemparan kata-kata yang tidak pernah dinilai akan nilai dan kesannya yang kau ungkapkan… aku tahu pada ketika itu kau cukup marah…akan tetapi tidak boleh ke kita bersikap professional dan dewasa dalam semua perkara…. Itu semua teguran akan kekilafan yang tidak disedari… wajar sekirannya kita ambil teguran itu sebagai panduan untuk masa hadapan… tetapi tidak baginya yang teguran ini dikatakan menghina kerja dia…. Akan tetapi dia sedar atau tidak apa yang dilakukan telah melanggar akta kerahsiaan yang sekian lama dipengang…. Ini tidak kita yang menegurnya dikatakan salah dan hemburkan dengan kata-kata yang cukup menghiris hati yang luka lama kembali berdarah dan bernanah… entah bila luka yang berdarah dan bernanah akan  sembuh dengan apa yang telah dilakukan oleh nya.
                Hati sudah luka berdarah dan bernanah…..adakah ianya akan pulih kembali… pada ku mungkin tidak akan sembuh lagi luka ini, tapinya atas ketentuanNya yang maha berkuasa untuk melakukan apa sahaja.. untuk kesekian kalinya BIARKAN IANYA BERLALU BEGITU SAHAJA….. itu adalah lebih baik untuk diri ku atau untuk dirinya juga…. Cukup la disini….aku tidak akan sentuh lagi jika disentuh luka lama akan kembali terus berdarah lagi…. Cukuplah apa yang telah berlaku….cukuplah aku duduk diam menunggu masa yang akan merubah semuanya….cukuplah semua ini yang telah mengejutkan hati ini yang telah lama tenang…cukuplah semuanya telah memporakperanakan semua yang dilihat baik sebelum  ini……cukuplah hanya di sini…………

PERJALANAN…………………………

PERJALANAN…………………………
Perjalanan adalah suatu perkara biasa dalam sebuah kehidupan. Di sini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang perjalanan saya balik ke kampung. Seperti biasa setiap kali hujung minggu saya akan melakukan perjalanan untuk pulang ke kampung untuk bersama isteri tercinta. Disebabkan kehendak tugas dan kerja kami  buat masa ini tidak boleh hidup bersama dan hanya akan bersama apabila tiba hujung minggu. Apabila tiba hari jumaat hati ini mula mengusik menyatakan aku harus pulang untuk berjumpa isteri. Dan setiap kali itu juga aku akan dijadikan bahan usikan oleh rakan-rakan sekerja aku. Itu semua tidak menjadi kudis kepada ku, bahawa aku tahu kawan-kawan hanya bercandar dengan ku. Aku pun nak menceritakan kehidupan ku hidup berjauhan dengan isteri akan tetapi berkongsi cerita tentang perjalanan yang terpaksa aku lakukan setiap hujung minggu.
                Aku lebih suka menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad kerana merupakan perkhidmatan kedua terpenting juga tidak menggunakan kereta di tempat ku. Berbanding dengan pengangkutan lain perkhidmatan pengangkutan KTMB amat murah dan selesa ini adalah kerana KTMB merupakan syarikat badan berkanun yang paling popular bagi sistem pengangkutan. Akan tetapi dalam kepopularan perkhidmatan ini tidak ramai orang yang tahu tentang kelemahan dan keburukan iyang wujud dalam perkhidmatan ini. Bila tibanya musim hujan tentu sahaja ada perkhidmatan ini terpaksa ditangguh dan kadang-kadang tergendala di tengah perjalanan.
                Menceritakan pengamalan aku yang sudah hampir 4 tahun menggunakan perkhidmatan ini banyak pahit dam manisnya. Pernah sekali terperangkap dalam perjalanan akibat tanah runtuh yang mana menyebabkan keretapi terpaksa berpatah balik ke destinasi yang asal dan kadang-kadang aku juga terpaksa menambahkan lagi 1 hari cuti ku apabila perkhidmatan ini tergendala yang dikatakan oleh sebab bencana dan belum lagi akibat masalah teknikal dan sebagai. Yang menjadi persoalan di sini kenapa semua ini boleh terjadi sedangkan perkhidmatan ini wujud semenjak sebelum merdeka lagi. Di mana silapnya semua perkara ini berlaku. Aku di sini bukan hendak menyalahkan dan mencari siapa yang salah hanya sekadar mencerita derita seorang pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini. Pernah juga suatu ketika aku terpaksa tidak menghadiri mesyuarat penting akibat kelewatan ketibaan keretapi di destinasi yang dituju. Bukan aku saja yang mengalami pengalaman seperti ini. Semua orang yang pernah menggunakan perkhidmatan ini pasti berkongsi cerita dan kisah yang sama.
                Di mana silapnya atas semua perkara ini, saya tidak berkehendakan anda semua untuk memikirkan sebabnya akan tetapi kita harus sedar akan kemajuan negara kita yang sedang kita miliki sekarang adakah wajar semua ini terjadi ditambahkan perkhidmatan ini telah lama wujud…..adakah perkhidmatan tidak menguntungkan sehinggakan sistem laluan atau lebih khusus lagi landasan tidak dinaiktaraf supaya perkhimatannya lebih baik….saya tidak mahu berceloteh panjang hanya setakat ini….kita sama-sama fikirkan dan renungkan….

Monday 26 September 2011

andai dapat ku undurkan waktu.......

selalu didengari dan diperkatakan....adakah semua ini boleh berlaku....byk didengari dan diperkatakan...kata-kata ini juga selalu keluar dari mulut seorang teman ku...aku tidak pasti adakah hanya sekadar gurauan atau betul-betul mahukan keadaan ini berlaku....katanya banyak benda yang boleh dia lakukan dan perbetulkan jika keadaan ini berlaku..."andai dapat ku undurkan waktu"...tapi apa mungkin semua ini akan berlaku...aku selalu bertanyakan pada diriku...adakah ianya akan berlaku...tapi kenapa setiap dari kita mengharapkan semua ini akan berlaku....satu persoalan yang harus sama-sama kita fikirkan.....kepastian jawapannya akan datang jua....andai kata dimasa lalu kita sudah melakukan kesalahan redhakan semuanya yang telah berlaku....angkat tangan mohon la keampunan dari Nya....andai kata kesalahan itu pada manusia rendahkan diri kita untuk memohon keampunan dan kemaafan dari insan yang kita lukai....moga dengan ini boleh menghilang kegusaran dan kepedihan yang kian lama berbekam di lubuk hati ini......salahnya tidak jika kita melakukan perkara ini....apa yang pasti bergantung dan berkehendak pada diri sendiri samaada kita sanggup atau tidak untuk melakukan.....wahai teman ku...ingat la sebelum kita menghembuskan nafas kita yang terakhir adalah lebih baik kita mensucikan diri kita dengan kemaafan dan keampunan...ianya juga ditujukan pada diri ku sendiri.....jangan biarkan semua ini menghantui seluruh kehidupan kita....kedamaian yang kita impinkan tidak akan datang selagi hidup ini masih terbuku dan diselimuti kisah-kisah yang suram diwaktu lampau.......andai dapat ku undurkan waktu...belum pasti ianya akan berlaku....walaupun kesekian kali kita menunggu dan menanti...semuanya akan pasti tidak akan wujud kembali.....ingatlah wahai teman semua...sebelum mata kita tertutup degn rapat kita harus sedar akan apa yang kita harus lakukan....perjuangan yang belum selesai kita harus selesaikan supaya raksasa tidak lagi muncul dan otromen pun boleh berrehat dari pertarungan yang banyak merosakan dunia kehidupan kita....belum otromen bangga dengan kekuasaan dan kemenangan setiap pertarungan dengan raksasa....harus di ingat otromen juga akan menjadi tua dan tidak lagi berkuasa......dan ketika itu siapakah yang akan berkuasa dan menguasai kita...sebelum semua itu terjadi harus kita bersiap sedia.......curahan hati yang didedikasikan untuk seorang teman dan diri ku jua serta untuk pembaca semua.....sedar sekarang adalah lebih baik untuk kita terus berudah sebelum terlambat pabila ajal memanggil kita...dan diketika itu semuanya sudah terlambat untuk kita lakukan....disaat aku menulis luahan ini mata ku mengeluarkan titisan jernih mengingatkan dosa-dosa yang telah ku lakukan....moga Tuhan mengampunkan setiap kesalahan yang ku lakukan...amin....

Sunday 25 September 2011

Jauh tapi dekat dihati

Jauh tapi dekat di hati……pegangan yang aku genggam kini. Aku pun tidak tahu kenapa semua ini boleh berlaku. Aku tidak pernah mempersoalkan kenapa semua ini boleh berlaku kepada diri. Kekuatan, cinta, pengorbanan dan kasih sayang menjadi pegangan antara aku dan dia untuk terus bertahan sehingga kini. Aku tak pasti sampai bila aku dan dia akan terus dan berterusan seperti ini. Aku terlalu sayang dan cinta padanya....kerana dia adalah jodoh ku. Tapi kenapa kami harus hidup seperti ini, tapi aku pasrah dengan semua ketentuan Nya….moga dengan ini aku diberikan nikmat dan hidayah yang lebih baik. Aku terima ketentuan Tuhan yang berikan kepada ku….ini hanya baru sedikit dugaan yang diberikan kepada ku. Kenapa harus aku tidak boleh bertahan akan dugaan Nya… jika dilihat pada dugaan yang Tuhan bagi pada Nabi junjungan kita Muhamad saw lebih teruk akan tetapi Nabi tidak pernah sedikit pun mempersoalkan perkara ini.
Bila ujian ini menjadi sebahagian dari hidupku menyebabkan aku kini lebih dekat kepada Allah swt. Ianya mengajar aku dan dia erti sebuah kekuatan dan pergorbanan yang terpaksa aku bayar untuk menikmati kebahagian yang semua makhlutNya impinkan. kini aku mula ingat akan kebesaran dan kekuasaan Nya...kita sebagai manusia tiada kuasa untuk melawan semua ini. Apapun setiap apa yang kita lakukan dan korbankan tentu akan mendapat balasan yang lebih baik. Aku bukan berniat untuk menceritakan kisah hidup ku akan tetapi aku ingin mengingatkan kepada kita semua bahawa hidup ini tidak sunyi dari dugaan akan tetapi semua tulah yang telah mendewasakan dan memberikan erti dalam hidup kita. Kita harus sedar dalam “jauh tapi dekat di hati” semua yang kita lakukan akan dinilai dan diperhatikan oleh Yang Maha Esa. Setiap yang balik kita lakukan akan digandakan dengan pahala akan tetapi jika kejahatan yang kita lakukan dosa akan digandakan oleh Nya…oleh yang demikian kita harus sentiasa beringat-ingat akan setiap gerak geri kita dalam mencorakan erti sebuah kehidupan. Tidak salah kiranya jika kita berkorban sedikit demi melihat kebahagian yang akan kita kecapi pada masa akan datang. Cukup di sini coretan pertama dari saya….coretan-coretan lain akan muncul lagi selepas ini…saya memohon sejuta kemaafan dan memohon untuk diperbetulkan jika coretan ini salah dan menganggu mana-mana antara kita semua….harap diperbetulakan…..sekian…

Wednesday 21 September 2011

hobi baru.....

sebelum aku mulakan blog....ucapan salam untuk semua.....entah mcmn aku boleh terfikir nak buka blog....setiap hari banyak idea  dan cerita yang ingin dikongsikan......tapi xtahu kat mana n bagaimana nak aku luahkan....aku seorg yang suka memerhati kepada pesekitaran...setiap apa yang aku lihat akan ku amati dan mcm perkara dan persoalan akan muncul dalam diri ku....oleh itu aku bercerta kpada kawan aku untuk membina blog ini bagi sama-sama berkongsi cerita dan idea.....kawan aku menyokong penuh cdangan itu....dia lah yang membantu aku untuk membina blog ini...terima kasih yusnoruddin....anda adalah kawan yang terbaik......tq juga u semua y akan membaca blog aku....