Saturday 15 October 2011

BIARKAN IANYA BERLALU BEGITU SAHAJA…..

BIARKAN IANYA BERLALU BEGITU SAHAJA…..
Aduh seksanya jiwa ni bila memikirkan akan semua ini…tapi Tuhan maha berkuasa sudah menentukan bahawa diri ini akan menerima dugaan seperti ini…..walaupun perit dan berat terpaksa juga kita hadapi. Apakah kesudahan akan semua ini….adakah aku wajar hanya terus diam dan membisu tanpa berkata-kata semata-mata untuk menyedapkan hati sendiri dan menjaga semua perasaan orang. Sudah cukup aku bersabar akan semua ini, sebelum ini tidak pernah timbul konflik dan konperasi seperti ini. Bila memikirkan balik sedihnya hati ini, apa yang kita bina bertahun-tahun dicabul hanya dengan sekelip mata sahaja. Apa semua ini, wajarkan pengorbanan yang dilakukan hancur begitu sahaja dan di biarkan ianya berlalu begitu sahaja…. Wajarkan semua ini berlaku, niat ku kini hanya diam dan tunggu saja apa yang akan berlaku….tidak akan ku campuri lagi segalanya jika kehadiran ku ini dianggap bendasing yang merosakan semua ini. Semuanya telah mencabar kesabaran aku sebagai seorang manusia. Kenapa semua ini boleh berlaku, di mananya salah aku? Apakah semuanya berpunca dari aku? Apakah yang telah aku lakukan? Apakah yang telah terjadi?......semua persoalan ini menjerat hati ku untuk tidak bersuara lagi…jika suara dan pendapat ku tidak lagi diterima dan diaminkan oleh semua…..untuk apa lagi aku bersuara  jika kehadiran dan kerjasama yang aku lakukan tidak dihargai…
                Cukuplah hanya setakat ini akan mengorbankan diri ku untuk semua ini. Sumbangan dan pergorbanan ku tak pernah dihargai dan dinilai oleh semua. Cukuplah aku korban diri ini demi kepentingan dan nama orang lain..cukuplah apa yang aku lakukan ini tidak dihargai.cukuplah semuanya telah menyedarkan aku dengan banyak perkaracukuplah aku sudah serik dengan semua ini..cukuplah untuk kesekian kalinya aku dipermainkan. Untuk kesekian kalinya aku diperlakukan seperti ini. Sedih dan pedihnya hati ini dengan lemparan kata-kata yang tidak pernah dinilai akan nilai dan kesannya yang kau ungkapkan… aku tahu pada ketika itu kau cukup marah…akan tetapi tidak boleh ke kita bersikap professional dan dewasa dalam semua perkara…. Itu semua teguran akan kekilafan yang tidak disedari… wajar sekirannya kita ambil teguran itu sebagai panduan untuk masa hadapan… tetapi tidak baginya yang teguran ini dikatakan menghina kerja dia…. Akan tetapi dia sedar atau tidak apa yang dilakukan telah melanggar akta kerahsiaan yang sekian lama dipengang…. Ini tidak kita yang menegurnya dikatakan salah dan hemburkan dengan kata-kata yang cukup menghiris hati yang luka lama kembali berdarah dan bernanah… entah bila luka yang berdarah dan bernanah akan  sembuh dengan apa yang telah dilakukan oleh nya.
                Hati sudah luka berdarah dan bernanah…..adakah ianya akan pulih kembali… pada ku mungkin tidak akan sembuh lagi luka ini, tapinya atas ketentuanNya yang maha berkuasa untuk melakukan apa sahaja.. untuk kesekian kalinya BIARKAN IANYA BERLALU BEGITU SAHAJA….. itu adalah lebih baik untuk diri ku atau untuk dirinya juga…. Cukup la disini….aku tidak akan sentuh lagi jika disentuh luka lama akan kembali terus berdarah lagi…. Cukuplah apa yang telah berlaku….cukuplah aku duduk diam menunggu masa yang akan merubah semuanya….cukuplah semua ini yang telah mengejutkan hati ini yang telah lama tenang…cukuplah semuanya telah memporakperanakan semua yang dilihat baik sebelum  ini……cukuplah hanya di sini…………

1 comment:

  1. bad..konsperasi tu gapo???lalalalala
    apepun...hanya kita yang tahu apa yang terbaik buat diri kita.....
    all the best untuk anda pakcikkkk=)

    ReplyDelete