Sunday 25 September 2011

Jauh tapi dekat dihati

Jauh tapi dekat di hati……pegangan yang aku genggam kini. Aku pun tidak tahu kenapa semua ini boleh berlaku. Aku tidak pernah mempersoalkan kenapa semua ini boleh berlaku kepada diri. Kekuatan, cinta, pengorbanan dan kasih sayang menjadi pegangan antara aku dan dia untuk terus bertahan sehingga kini. Aku tak pasti sampai bila aku dan dia akan terus dan berterusan seperti ini. Aku terlalu sayang dan cinta padanya....kerana dia adalah jodoh ku. Tapi kenapa kami harus hidup seperti ini, tapi aku pasrah dengan semua ketentuan Nya….moga dengan ini aku diberikan nikmat dan hidayah yang lebih baik. Aku terima ketentuan Tuhan yang berikan kepada ku….ini hanya baru sedikit dugaan yang diberikan kepada ku. Kenapa harus aku tidak boleh bertahan akan dugaan Nya… jika dilihat pada dugaan yang Tuhan bagi pada Nabi junjungan kita Muhamad saw lebih teruk akan tetapi Nabi tidak pernah sedikit pun mempersoalkan perkara ini.
Bila ujian ini menjadi sebahagian dari hidupku menyebabkan aku kini lebih dekat kepada Allah swt. Ianya mengajar aku dan dia erti sebuah kekuatan dan pergorbanan yang terpaksa aku bayar untuk menikmati kebahagian yang semua makhlutNya impinkan. kini aku mula ingat akan kebesaran dan kekuasaan Nya...kita sebagai manusia tiada kuasa untuk melawan semua ini. Apapun setiap apa yang kita lakukan dan korbankan tentu akan mendapat balasan yang lebih baik. Aku bukan berniat untuk menceritakan kisah hidup ku akan tetapi aku ingin mengingatkan kepada kita semua bahawa hidup ini tidak sunyi dari dugaan akan tetapi semua tulah yang telah mendewasakan dan memberikan erti dalam hidup kita. Kita harus sedar dalam “jauh tapi dekat di hati” semua yang kita lakukan akan dinilai dan diperhatikan oleh Yang Maha Esa. Setiap yang balik kita lakukan akan digandakan dengan pahala akan tetapi jika kejahatan yang kita lakukan dosa akan digandakan oleh Nya…oleh yang demikian kita harus sentiasa beringat-ingat akan setiap gerak geri kita dalam mencorakan erti sebuah kehidupan. Tidak salah kiranya jika kita berkorban sedikit demi melihat kebahagian yang akan kita kecapi pada masa akan datang. Cukup di sini coretan pertama dari saya….coretan-coretan lain akan muncul lagi selepas ini…saya memohon sejuta kemaafan dan memohon untuk diperbetulkan jika coretan ini salah dan menganggu mana-mana antara kita semua….harap diperbetulakan…..sekian…

No comments:

Post a Comment